Isteri Kekasih dakwa Puteri Mardiana Menipu 8439349316444475877

Sponsor


Putri Mardiana dalam akhbar semalam memaklumkan yang kekasihnya, Ejump telah pun menceraikan isterinya di mahkamah semalam. Namun menerusi makluman terbaru yang diterima iaitu daripada orang terdekat kepada isteri Ejump sendiri, kes penceraian mereka masih lagi berlangsung dan ia hanya akan dibicarakan pada bulan 2 tahun hadapan. Ini bermakna Ejump masih lagi berstatus seorang suami sekaligus menimbulkan persoalan mengenai perancangan berkahwin pada tahun hadapan seperti yang diwar-warkan oleh Putri Mardiana.

Menariknya isteri kepada Ejump sendiri turut sama memuatnaik status yang menyatakan kes penceraiannya masih lagi berlangsung dan belum selesai seperti yang dikatakan oleh Putri Mardiana.


Semoga cepat-cepat ada jalan penyelesaian. Sumber Astro Gempak.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…

Pakaian Dato’ Ac Mizal Jadi Trending 6303959813135359630


Pakaian unik pengacara terkenal Dato’ Ac Mizal semasa mengacarakan program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) minggu kelima menarik perhatian ramai.

Dato’ Ac tampil dengan memakai sut lengkap berwarna kuning yang memaparkan karikatur 'wajahnya' itu ternyata mengundang pelbagai reaksi peminat.

Lebih menarik lagi, karikatur tersebut dilengkapi dengan tagline Dato' Ac iaitu 'Peace' All'

Malah sut rekaan pereka fesyen berbakat iaitu Fairuz Ramdan itu juga telah menjadi perbualan di media sosial sehingga menjadi ‘trending worldwide’ di Twitter.

Berita itu dikongsi oleh isteri Dato’ Ac, Emylia menerusi laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang berbunyi:

“Wow weee… Hihihi BajuAc trending worldwide… Congrats to my designer @itsfr, This is Magic!! Hihihihi gud job my bro.” tulisnya.
Namun jangan salah sangka rata-ratanya memberikan reaksi positif dan melebelkan Dato 'Ac sebagai salah seorang pengacara paling ‘stylo’ dalam industri hiburan.


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…

Shahrol Nafi masam Muka Dengan Ajak 2022487948029782460


Persembahan kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak sememangnya dinantikan oleh ramai orang setiap minggu. Iyerlah, masa Maharaja Lawak Mega musim sebelum ini, lawak mereka memang kelakar. Sayangnya untuk tahun 2014 ini, kumpulan Shiro masih kurang menyengat. Lawak biasa-biasa je. Boleh dikatakan kumpulan Zero punya lawak lagi kelakar daripada mereka.

Kalau sebelum ini Shahrol pernah dikatakan berselisih faham dengan Jep Sepahtu, baru-baru ini pelawak tersebut dilihat bermasam muka terhadap pasangannya sendiri, Ajak. Ada dakwaan yang menyatakan mereka berdua pura-pura akrab dan profesional di hadapan orang ramai untuk menyembunyikan konflik yang tercetus. Namun menurut Shahrol, dia tidak berperang dingin dengan Ajak sebaliknya kecewa dengan produksi MLM2014. Kata Shahrol:-
Memang betul selepas persembahan malam itu saya marah, tapi bukan dengan Ajak. Saya geram dengan produksi sebab susunan props ketika kami buat persembahan tidak mengikut rancangan. Muka saya agak masam ketika berbual dengan Ajak mengenai hal itu di belakang pentas. Mungkin kebetulan masa saya mengadu kepada Ajak, ada yang ternampak dan tersalah sangka, jadi tersebarlah cerita begini.


Pastinya para peminat Shiro menarik nafas lega mendengar penjelasan Shahrol ini. Agak rugi kalau Ajak dan Shahrol bergaduh sesama sendiri lebih-lebih lagi ketika MLM2014 sedang berlangsung. Nanti tak dapatlah nak buat yang terbaik. Apa pun, diharapkan Shiro akan meningkatkan mutu persembahan mereka minggu ini. Jangan terlalu selesa dengan nama anda. Peminat sekarang sudah bijak dan tak takut untuk tidak mengundi mereka yang membuat persembahan tak kelakar. Sumber Harian Metro.

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…