Dato’ Siti terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara 772658833674751936


Sponsor

Penyanyi terkenal dan popular negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Anugerah Tokoh Serikandi Negara yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri Bik Mama Datin Seri Rosmah Mansor.

Ini merupakan anugerah tertinggi dan berprestij yang Dato’ Siti perolehi setelah hampir 20 tahun bergelar anak seni yang tidak jemu mempertabatkan industri muzik negara.

Beliau terpilih disebabkan menepati kriteria yang telah ditetapkan iaitu pencapaian cemerlangnya dalam bidang muzik sekaligus menjadi contoh terbaik untuk anak muda.

Bukan sekadar menyanyi malah beliau juga ahli perniagaan yang semakin dikenali menerusi produk kosmetiknya Simply Siti yang bakal menembusi pasaran Indonesia dalam waktu terdekat.

Selain beliau antara tokoh-tokoh yang meraih Anugerah Serikandi Negara ialah Tun Dr Siti Hasmah, Pengerusi RAM Holdings Bhd Tan Sri Norma Yaacob, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Dr Maznah Hamid, dan pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Tahniah Datuk Siti. Anda memang layak dengan anugerah ini. Sumber:murai.com.my


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…

Datuk Siti dan Datuk K bercuti di Maldives (3 Gambar) 6371669982606589839


Melalui laman instagramnya, Datuk CT menyiarkan gambar beliau bercuti Di Maldives bersama suami tercinta, Datuk K. Siapa yang tak tahu tentang keindahan Pulau Peranginan Pelancongan yang famous serata dunia ni. Jom Enjoy gambar2 percutian Datuk Siti dan datuk K



Sumber gambar:
Instagram Datuk CT

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…

Tunku Hanis Jelaskan Gambar Pergaduhan 3150214586425611304




Sejak semalam sebuah blog hiburan telah menyiarkan beberapa keping foto pelakon Tunku Hanis dan Liza Abdullah kelihatan sedang bergaduh di set sehingga perlu diredakan ramai orang disekelilingnya.

Blog tersebut mendakwa dua pelakon wanita ini sedang bergaduh sakan di sebuah set penggambaran namun tidak pula menjelaskan sebab mengapa pergaduhan itu tercetus.

Tunku Hanis menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya terkejut bagaimana foto itu telah tersebar, sedangkan ianya merupakan babak yang kami lakonkan dalam sebuah drama.

“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tapi tak mungkin saya nak bergaduh betul dengan Kak Liza, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior.Malah kami memang tidak pernah ada masalah,”katanya kepada portal blog hiburan murai.com.my ketika dihubungi.

Selain itu, Tunku Hanis berharap peminat-peminatnya tidak tertipu dengan penulisan blog hiburan itu.

“Sebenarnya saya malas nak layan perkara ini kerana memang ianya tidak benar. Saya harap peminat tidak tertipu dan saya tahu mereka lebih mengetahui,” luahnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Tunku Hanis yang kini merupakan pelajar separuh masa jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Suamiku Encik Sotong.


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…