Rosyam Noor berang anak nya diminta buka tudung 4162566171508014979

Sponsor


sumber: mstar
PETALING JAYA: Pihak pengurusan butik permainan kanak-kanak, Hamleys Malaysia telah mengambil tindakan disiplin terhadap salah seorang pekerjanya yang tidak membenarkan anak kepada penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor memakai tudung sekiranya ingin bekerja dipremis berkenaan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan butik berkenaan di Facebook pada Ahad, pekerja yang mengendalikan sesi temu duga itu tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja selain memberikan maklumat tidak benar kepada Nur Lisa, 17.

"Setelah disiasat salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.

"Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini dan pihak kami berasa amat kesal dengan insiden ini dan berharap pihak Datuk Rosyam dan anaknya menerima permohonan maaf ini," kata kenyataan itu.



Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Hamleys Malaysia di Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Rosyam menerusi laman Twitter miliknta meluahkan rasa kecewa apabila sebuah butik Hamleys cawangan One utama di sini mengarahkan anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk ditawarkan bekerja di kedai alat permainan kanak-kanak itu.

Rosyam yang berang dengan syarat berkenaan menyifatkan permintaan itu sebagai biadap dan meminta pelanggan tidak lagi mengunjungi butik tersebut.

"Sedih, hari ini anak saya yang baru habis SPM pergi minta kerja untuk isi masa terluang tetapi dengan syarat kena bukak tudung. Kedai Hamleys kurang ajar!," tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, Hamleys dalam kenyataan sama memberitahu pihaknya tidak pernah meletakkan sebarang polisi yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung sebagai salah satu syarat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

"Hamleys tidak mempunyai sebarang polisi yang mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab malah kami mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama," jelas kenyataan itu lagi.



Luahan Rosyam di Twitter mengenai insiden anaknya disuruh buka tudung.

Sementara itu, Rosyam yang dihubungi berkata, dia menerima dengan hati terbuka permohonan maaf tersebut dan berharap kejadian serupa tidak berulang dengan mana-mana premis lain.

"Sekiranya ada diskriminasi sebegitu bagaimana wanita Islam yang bertudung ingin mencari kerja? Tidak salah rasanya mengambil pekerja yang menutup aurat.

"Kelantangan saya mengenai perkara ini bukan ingin memburuk-burukkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di kemudian hari," katanya.
 


Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…

Bekas Suami Abby Abadi Nak Jadi Pelakon 4940637579114679736


Bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dilaporkan bakal bergelar pelakon  tidak lama lagi.

Menurut laporan mStar Online, Farhan, 26, sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan Abby Abadi tidak lagi diperkatakan.

Sebagai persediaan untuk merealisasi impiannya bergelar  seorang artis, Farhan kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.


"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya.

Selain itu, Farhan turut mengakui sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," katanya.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.

Farhan turut memberitahu niat untuk bergelar pelakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.

Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37,  bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

Sumber: mStar Onlinea



Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…

Bekas Suami masih sayang Syura 6788995158010655135


Pasangan ini mengesahkan yang mereka sudah sah bercerai pada September lalu namun Mohd Fadhly berharap yang Syura akan menerima dirinya semula dan memulakan kehidupan baru suami isteri membesarkan tiga orang anak mereka.

“Saya masih sayangkan dia dan ingin selamatkan rumah tangga kami. Saya memikirkan anak-anak kerana perceraian ini mula beri kesan pada mereka,” ujar Fadhly kepada Harian Metro.

Mohd Fadhly hadir ke Mahkamah Rendah Syariah KL semalam untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap Syura pada 10 November lalu secara lisan. Bagaimanapun kes itu ditangguhkan selepas Syura gagal menghadirkan diri.

sumber:
ROTI Kaya

Anda suka berita di blog ini. Moh le LIKE Page ni.. Terima Kasih
more…